#Hiburan: “Saya Rosakkan Diri Sendiri ” – Akui 2020 Dipenuhi Dugaan, Amar Asyraf Mahu Berubah

Pelbagai dugaan dilalui sepanjang tahun 2020, Amar Asyraf meluahkan rasa yang berbuku di hati.

“Duit tak cukup, kes mahkamah syariah, nama kena tolak dengan stesen TV, boros sebab tekanan dan macam-macam lagi. Semuanya salah diri sendiri.”

Jelasnya lagi, dia telah menyakiti keluarga, sahabat dan orang sekeliling dek sikap dan tingkah laku dirinya yang tidak baik.

Advertisement

“2020 tahun yang buruk buat saya. Saya rasa ‘hilang’, marah, geram dan berasa saya seorang yang melawan dunia seorang diri. Saya geram dengan kegagalan sendiri tapi tak buat apa-apa dan tak mampu buat apa-apa untuk ubah hidup sendiri. Bukan salah siapa-siapa tapi salah diri sendiri. Bukan salah Arna (isteri), atau sesiapapun.”

amar asyraf

Amar juga mengakui bahawa dia menyerah daripada menjadi lelaki yang baik sejak beberapa tahun yang lalu. Malah dia turut mengabaikan kesihatan dengan tidak menjaga makan dan merokok dengan banyak.

“Saya membiarkan ego saya menang. Saya malah mempersoalkan Allah. Kenapa saya? Mengapa ini berlaku kepada saya? Namun saya tidak melakukan apa-apa. Saya membiarkan diri saya tenggelam dalam keadaan negatif saya yang sangat buruk dan terus mengecewakan orang yang saya sayangi.”

Lelaki itu merasakan seperti bahawa dunia adalah tidak adil dengannya. Padahal Amar akhirnya sedar yang dia sendiri tidak berlaku terhadap dirinya. Mempunyai beberapa peluang untuk berjaya dalam hidup namun dia sendiri yang merosakkannya.

Advertisement

Pun begitu, Amar kini sedar bahawa waktu sudah sampai untuk dia berubah, mencari dan mengenali dirinya semula. Menyesal dengan kisah lalu, pelakon ini mengambil peluang untuk memohon maaf kepada sesiap yang kecewa dengannya.

“I mahu ubah hidup. I mahu lebih positif. Sudah tiba masanya untuk saya mencari diri dan mengenal diri sendiri. Hanya saya yang mampu ubah hidup. Bukan orang lain.”

Malah dia juga mahu masa depan yang lebih baik untuk dirinya serta anaknya, Taufiq dan juga Dian.

 

Advertisement
View this post on Instagram

 

A post shared by Amar V. Asyraf (@amar_asyraf)

Setiap manusia melakukan kesilapan, harapnya Amar berjaya menemui jalan hidup yang baik buatnya.

The post “Saya Rosakkan Diri Sendiri ” – Akui 2020 Dipenuhi Dugaan, Amar Asyraf Mahu Berubah first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments