Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan bahawa anak kedua yang dikandungnya kini sebenarnya adalah kembar anak sulungnya iaitu Siti Aafiyah ketika menjalani proses In-Vitro Fertilization (IVF) kira-kira tiga tahun yang lalu.
Walau bagaimanapun, Siti difahamkan telah mengikut nasihat dan saranan doktor untuk tidak melakukan prosedur tersebut dalam pada masa yang sama ketika dia mengandungkan Aafiyah pada tahun 2017 yang lalu.
Perkara itu didedahkan Datuk Siti ketika sesi temubual bersama penyampai radio ERA FM, Nabil Ahmad baru-baru ini.
Rupa-rupanya “baby boy” Tokti untuk kandungan kali ni sebenarnya sepatutnya jadi kembar Aafiyah dulu. Tapi ditangguhkan dulu proses, dah 3 tahun baru proceed atas nasihat Dr. Allahu. pic.twitter.com/nx5scQ87HF
— Alan Al Padat (@IniAlannn) December 23, 2020
“Disebabkan ini proses IVF, apabila buat peringkat-peringkat embrio itu, baby boy ini sebenarnya kembar Aafiyah. Terjadi pada hari sama waktu sama. Ketika itu doktor tak galakkan baby masuk dua embrio, jadi masuk satu dahulu iaitu Aafiyah. Tiga tahun selepas itu baru masuk baby boy..”
Pendedahan itu ternyata telah menarik perhatian peminatnya kerana tidak menyangka ada cerita di sebalik kehamilan kedua penyanyi kesayangan Malaysia ini.
Sekadar info, Siti telah selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Siti Aafiyah pada 19 Mac 2018 yang lalu dan kini Aafiyah sudah pun mencecah usia 2 tahun. Manakala pada 1 Disember lalu, Siti mengesahkan bahawa dia kini hamil anak kedua dan dijangka melahirkan pada April 2021 nanti.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments