Bertindak memuat naik sebuah foto serta meluahkan rasa rindu pada dua insan tersayang iaitu ibunya, Sabarah Arshad dan abangnya, Allahyarham Abam Bocey, perkongsian pelawak Ali Puteh di laman Instagram kini menjadi perhatian netizen.
Menerusi posting tersebut, disebabkan ibunya masih dirawat di hospital, beliau sehingga kini sudah lima hari tidak bertemu dengan wanita tersebut kerana tidak dibenarkan melawat.
“Rindu saat ni, mak masih di hospital sekarang ni dan masih belum sedar dari tidur. Doakan semoga mak sembuh ye. Tak ade ape yang mampu selain doa untuk mak kembali pulih. 5 hari dah mak di hospital dan kami masih belum dibenarkan melawat mak…hampir 11 bulan dan abang pergi. Tengok gambar ni terasa macam baru semlam kami semua bersama.”
Dedah Ali lagi, terlalu banyak dugaan yang menimpa keluarganya, akan tetapi beliau tetap percaya bahawa Allah SWT menguji hambaNya tanda sayang agar terus istiqomah kepada-Nya.
Terdahulu, disebabkan serangan asma sejak Khamis lalu, Ali memaklumkan bahawa ibunya terpaksa dikejarkan ke bahagian kecemasan Hospital Selayang.
Bagaimanapun, menurut laporan Cari Forum, Ali difahamkan telah mengerat gambar hidayah di posting terbabit.
Ia terbukti apabila foto asal jelas kelihatan wajah Hidayah terpapar di sebelah arwah abangnya.
Biarpun masih tidak tahu motif sebenar mengapa Ali berbuat demikian, rasanya moleklah kita doakan yang baik-baik sahaja agar keharmonian antara kedua belah keluarga ini berjaya dikecapi suatu hari nanti.
Sumber: Cari Forum, Rotikaya
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments