#Hiburan: Hanya Berserah Pada Rezeki, Mira Filzah Tak Rancang Bila Nak Hamil

Biarpun sudah beberapa bulan berkahwin, pelakon Mira Filzah akui dirinya langsung tidak mempunyai sebarang perancangan untuk hamil.

Katanya, beliau tidak menolak andai dikurniakan rezeki untuk mengandung selepas mendirikan rumah tangga, namun tetap menyerahkan segalanya kepada yang Maha Esa.

Advertisement

“Tak ada apa-apa khabar baik pun lagi. Sejujurnya saya tak merancang pun dan cuma pada ketika ini, apa yang boleh kami katakan, berserah sahaja pada rezeki. Sekiranya ada rezeki untuk hamil, saya pun tak menolak dan ikut sahaja apa yang sudah tertulis, InsyaAllah,”

Untuk rekod, Mira sebelum ini telah mendirikan rumah tangga bersama anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd iaitu Wan Emir.

Kedua-kedua mereka telah selamat berkahwin pada 3 September lalu selepas hampir setahun berkenalan. Walaupun sudah hampir empat bulan bergelar suami isteri, kehangatan cinta mereka sentiasa menjadi bualan hangat netizen kerana Mira sering berkongsi aktiviti harian mereka sebagai pasangan di media sosial.

Sumber: Media Hiburan


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments