Pelawak dan pelakon, Joey Daud berkata dia kini menderita penyakit berkaitan saraf di bahagian jari yang dikenali sebagai sindrom Trigger Finger.
Joey atau nama sebenarnya Zulkifli Daud,47, mengesahkan bahawa dia menghidap penyakit itu sejak tiga bulan lalu dan mungkin menjalani pembedahan tidak lama lagi.
Mengakui aktiviti hariannya banyak terganggu akibat penyakit itu, Joey menjelaskan masalah itu dialami pada jari telunjuk tangan kiri serta jari hantu di tangan kanan serta sering mengalami sakit sengal dan kebas.
View this post on Instagram
“Saya mula kesan penyakit selepas sertai program lukisan mural selama tiga bulan di Johor, selepas itu sambung ride pula..daripada situ mula rasa bahagian jari macam tak selesa dan susah nak gerak. Doktor kata kalau nak sembuh segera kena buat pembedahan kecil di tapak tangan tapi kita tengok dulu keadaan. Bayangkan nak bangun pagi susah nak buka tapak tangan, kena kawal minda buka perlahan-lahan, memang kebas dan bisa-bisa.”
Dalam pada itu, Joey memberitahu bahawa dia kini tidak mengikuti sebarang rawatan khusus sebaliknya hanya melakukan fisioterapi kendiri dan mengawal pemakanan bagi mengurangkan kesakitan yang dialami.
View this post on Instagram
Dia yang ditemui media menjelaskan sebarang aktiviti membabitkan jari tangan agak terhad kerana keupayaan mengenggam sesuatu tidak lagi kuat seperti dahulu. Namun, dia masih melukis seperti biasa mengikut keselesaan jari tangan.
Semoga cepat sembuh diucapkan buat Joey!
The post Alami Masalah Saraf Di Bahagian Jari, Joey Daud Menghidap Penyakit ‘Trigger Finger’, -“Bangun Pagi Susah Buka Tapak Tangan!” first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments