#Hiburan: Sebak Dan Sayu, Ebit Lew Jadi Saksi 7 Beranak Ini Mengucap Kalimah Syahadah Dan Jadi Saudara Baru

Jasa dan sifat tolong menolong pastinya tidak asing lagi apabila dikaitkan dengan pendakwah bebas, Ebit Lew. Kali ini dilaporkan bahawa sebuah keluarga berbangsa cina di Ipoh, Perak telah selamat memeluk agama Islam selepas mengucapkan kalimah syahadah di hadapan Ebit Lew.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh pendakwah tersebut menerusi akaun Instagramnnya apabila dia memuat naik video sepanjang lawatan tersebut.

Dalam entri tersebut, seorang daripada ahli keluarga berkenaan telah melafazkan kalimah syahadah yang dibantu Ebit ketika berada di kedai buah-buahan miliknya.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

“Sebak sayu ziarah sekeluarga chinese peniaga buah di Medan Gopeng memeluk Islam. 7 orang semuanya mengucap syahadah. Sampai jer semua anaknya rakam video saya sepanjang di situ. Rupanya setiap hati mak dan anak ini melihat video saya di FB…”

Menurut Ebit Lew lagi, dia telah menghadiahkan beberapa buah basikal kepada anak-anak pasangan berkenaan kerana menurut mereka sudah lama mengumpul duit untuk membeli basikal tersebut.

Ebit dalam pada itu turut mengucapkan terima kasih kepada beberapa individu yang turut membantu keluarga tersebut dan mendoakan agar perniagaan buah-buah kelaurga tersebut terus maju di masa hadapan.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments