#Hiburan: (TAHNIAH) Kini Bergelar Isteri, Dayana Roza Tak Sangka Jodoh Hanya Di Depan Mata

Pelakon Dayana Roza dilaporkan telah selamat mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihna dan juga usahawan, A’dale Aadham Ayahudin,33, bertempat di Masjid Negara, Kuala Lumpur pada pukul 8.57 pagi, semalam.

Dayana Roza dan suami telah dinikahkan sendiri oleh bapanya, Kamsum Baharin Kassim dan disaksikan Imam Masjid Negara, Muhammad Afif Jamal.

Difahamkan pasangan ini berbalas tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan sembilan dulang daripada pihak Dayana serta mas kahwin berupa gelang tangan bernilai RM2,000.

Advertisement

Manakala wang hantaran pula dirahsiakan atas permintaan kedua belah pihak keluarga.

Dayana yang ditemui menjelaskan bahawa dia dan suami sepatutnya telah bernikah pada 12 Disember yang lalu namun disebabkan perkara tertentu terpaksa ditunda gara-gara pandemik COVID-19 yang melanda negara ketika ini. Manakala bagi majlis resepsi, pelakon filem Mat Moto ini memberitahu bahawa majlis resepsi akan diadakan pada 10 Januari depan, jika tiada aral melintang.

Ketika ditanyakan detik pertemuan dengan suaminya itu, Dayana mendedahkan bahawa persahabatan antara mereka telah terjalin sejak enam tahun yang lalu. Menganggap A’dale sebagai jodoh di depan mata, Dayana berkata sikap suaminya yang pandai menjaga hati keluarga merupakan faktor utama dia menerima lamaran kahwin itu.


“A’dale pernah menyuarakan hasrat melamar saya sekitar empat tahun lalu. Tetapi saya menolak lamatan itu. Tak sangka, hasratnya kini menjadi kenyataan. Dia sanggup menunggu lama dan itu bererti jodoh kuat antara kami”

Manakala bagi soal rezeki zuriat,  pasangan ini tidak menolak jika menerimanya dalam masa terdekat selain turut merancang untuk berbulan madu di Langkawi.

Sumber : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments