#Hiburan: “Banyak Manusia Yang Karam Dalam Dunia Yang Penuh Mencabar..” Amyra Rosli Titip Pesanan Berhikmah Buat Anak Lelakinya

Pelakon cantik, Amyra Rosli yang kini bergelar ibu pada dua orang anak baru-baru ini ada memuat naik sebuah entri di Instagramnya yang memaparkan kata-kata nasihat buat anak lelaki sulungnya, Aqeef Anaqi.

Setiap ibu pastinya ingin yang terbaik buat setiap anak dan tidak kurang juga buat pelakon drama Sang Pewaris ini.

Advertisement

Menurut Amyra yang juga isteri kepada pelakon Amar Baharin itu, dia sentiasa mengharapkan anaknya itu diberikan kekuatan dan petunjuk untuk menghadapi segala ujian di atas dunia ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Madam Amyra (@aamyrarosli)

Advertisement

“Hai anakku, ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam dalamnya. Bila engkau ingin selamat agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama Takwa, isinya ialah iman dan layarnya adalah Tawakkal kepada Allah. @aqeefanaqi”

Amyra dilihat turut mengingatkan anaknya supaya tidak jauh daripada ajaran agama Islam di kemudian hari.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Madam Amyra (@aamyrarosli)

Advertisement

Meninjau ruangan komen, ramai peminat bersetuju dengan nasihat yang diberikan Amyra dan turut mendoakan agar anak lelakinya itu menjadi anak yang soleh kepada kedua ibu-bapanya.

Sekadar info, Amyra dan Amar Baharin telah mendirikan rumah tangga pada November 2016 yang lalu. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa.

 


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments