Selepas aksinya memarut kelapa dalam program Sepahtu Live Reunion didakwa berunsur lucah, pelawak dan usahawan tersohor tanah air, Shuib Sepahtu kini tampil membuat permohonan maaf.
Kataya, beliau langsung tidak mempunyai niat beraksi lucah namun hanya sekadar untuk melawak.
“Minggu lepas di Sepahtu Reunion pada hari Khamis, ada satu babak tu saya buat memarut kelapa. Jadi babak tu dah jadi kontroversi pula. Jadi di sini saya dengan rendah dirilah nak memohon maaf kepada mereka yang terasa hati, kepada mereka yang rasa babak tersebut tidak patut dilakukan. Saya nak beritahu, ikhlas daripada hati saya, ketika melakukan babak itu, saya tidak ada maksudkan apa-apa. Tak ada nak pergi ke lucah ke, tak ada. Saya hanya nak buatkan orang ketawa sahaja. Tiada niat apa-apa. Tapi itulah, kalau kata ada yang terasa hati, saya minta maaf banyak-banyak.”
Ujarnya lagi, beliau kini berjanji tidak mengulangi perkara sama lagi bahkan turut menyeru ramai agar terus menyokong program lawak berkenaan.
“Insya Allah, ke depan saya tidak akan buat lagilah benda-benda yang macam itu.”
Sumber: Harian Metro
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments