Kecoh ketika ini apabila tindakan orang penceramah bebas, Akhi Fairuz Al-Jengkawi tampil berkongsi sedutan video sebuah rancangan komedi tanah air memaparkan seorang pelawak terkenal sedang ‘mengukur kelapa’ dengan gaya yang agak keterlaluan.
Katanya, lawak yang ditonjolkan seakan lucah dan mampu menjadi punca kepada kes-kes cabul atau ‘sexual harassment’.
Meskipun wujud segelintir pihak yang tampil memaklumkan bahawa lawak tersebut adalah perkara biasa, namun Akhi menegaskan alasan seperti itu membuktikan perkara tersebut sudah menjadi ‘basi’ atau normal dalam masyarakat.
Faham apa kesan normalisasi benda gini?
Klik quote RT tweet saya ni, then baca caption mereka.
"Takdek apa pun. Apa yg lucahnya?"
"Kalau kau fikir lucah, lucahlah. Ok je."
AdvertisementBenda nilah yg selalu kena kpd mangsa sex harassment,
"Alah, rileks lah, melawak je"
Normalisasi!
— Akhi Fairuz Al-Jengkawi (@akhifairuz_) December 18, 2020
Katanya, biarpun ia dilihat sebagai topik hangat dalam kalangan masyarakat zaman ini, akam tetapi isu ‘lucah’ tidak wajar dijadikan sebagai inspirasi daam membuat lawak demi membuat penonton ketawa.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat menyokong hujahnya dan menzahirkan kebimbangan andai adegan seperti itu ditonton oleh kanak-kanak.
Baca perkongsian cikgu ni.
Jangan remehkan lawak jijik begini walau ada yang kata biasa je, tak lucah apa pun. pic.twitter.com/tjKw5pncCb
— Akhi Fairuz Al-Jengkawi (@akhifairuz_) December 18, 2020
Lantas beliau juga memaklumkan kepada umum agar tidak memandang ringan perkara ini kerana ia boleh menyumbang kepada peningkatan masalah gejala sosial di negara ini.
Sumber: Oh My Media
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments