Umum mengetahui bahawa Malaysia merupakan negara yang muhibah kerana diduduki oleh penduduk daripada pelbagai bangsa dan latar belakang. Jadi, kita dah biasa melalui banyak perayaan bagi menyambut kepelbagaian ini.
Namun baru-baru ini, pelakon terkenal iaitu Awal Ashaari dan Scha Alyahya menjadi topik utama perbualan netizen apabila keduanya dilihat menyertai majlis sambutan Krismas yang dianjurkan oleh rakan mereka.
Memuat naik gambar di hadapan pokok krismas, ruangan komen entri tersebut dipenuhi dengan perdebatan netizen yang sepertinya tidak bersetuju dengan tindakan selebriti itu menyambut perayaan agama lain.
Pun begitu, ada juga netizen menyelar komen yang mengkritik Awal Ashaari dan Scha Alyahya memandangkan mereka hanya memenuhi jemputan rakan dan bukannya menyambut perayaan itu dengan sendirinya.
Tak baik tahu terus jatuhkan hukuman, lagi pun Awal Ashaari dan Scha Alyahya hanya mahu menyambut perayaan tersebut bersama rakan-rakan mereka.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments