#Hiburan: “Zaman Sekarang No Money No Cinta!”Ayu Puteh Sedar Ramai Nak ‘Try’ Anaknya Wanna Ali, Dakwa Bercinta Dengan Hun Haqeem?

Pemilik syarikat produksi Pencil Pictures & Records, Datuk Ayu Puteh berkata bahawa dia menyerahkan soal jodoh dan pertemuan sepenuhnya kepada anak-anak dalam menentukan masa depan mereka.

Ini berikutan muncul pula gosip-gosip yang mengaitkan anak perempuannya yang juga pelakon, Wanna Ali yang dikatakan sedang menyulam kasih bersama Hun Haqeem susulan daripada keserasian mereka membawakan watak dalam drama Angkara Cinta.

Malah, ada juga peminat yang inginkan kedua pelakon muda ini disatukan sebagai kekasih namun bagi Datuk Ayu, perkara tersebut hanyalah sekadar spekulasi dan dia tidak mahu masuk campur dalam urusan itu.

Advertisement

Jika sebelum ini Wanna turut pernah dikaitkan dengan PU Riz setelah bergandingan dalam filem Ada Apa Dengan Dosa, namun bagi pelakon muda itu hubungan mereka hanyalah sekadar adik beradik, tidak lebih daripada itu.

“Tentang jodoh, kita tak tahu..mungkin artis atau bukan artis, saya sedar artis pun ramai cuba-cuba nak dekati Wanna. Kalau Wanna tu bukan anak produser sekalipun ramai yang gilakan dia.”

 

View this post on Instagram

A post shared by Wanna Ali (@wannaali_)

Advertisement

Dalam pada itu, Datuk Ayu yakin anak perempuannya itu mampu berfikir dengan matang dan memilih yang terbaik meskipun baru berumur 23 tahun. Sebagai seorang ibu hanyalah mahu yang terbaik dan masa depan yang terjamin buat anaknya itu.

“Kalau suami pun susah, takkan Wanna pula nak tanggung? Zaman sekarang no money no cinta! Saya percaya Wanna lebih pintar dan bijak menentukan pilihan hatinya, dia melihat sendiri perjalanan hidup saya sebelum ini. Apa-apa pun semuanya berbalik pada jodoh..Cuma setahu saya Wanna mungkin akan cari orang yang ada masa depan yang cerah..” – Datuk Ayu Puteh

Sumber : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments