Meskipun dihimpit pelbagai kontroversi melibatkan hal rumah tangga dan sebagainya, pelakon bertubuh tegap, Ammar Alfian mendedahkan bahawa dia ingin menutup tahun 2020 dengan perkara yang indah dan bermanfaat.
Terus memberi inspirasi buat peminat serta pengikut media sosialnya, Ammar memberitahu bahawa dia telah berjaya khatam naskah Al-Quran sebelum tamatnya tahun 2020.
Ammar dilihat telah menulis kejayaan tersebut menerusi ruangan Instagramnnya dan turut mengimbas kembali kali terakhir dirinya menghabiskan bacaan naskah suci tersebut adalah pada ketika usianya menginjak 15 tahun.
View this post on Instagram
“Cara terbaik untuk mengakhiri tahun 2020 adalah dengan berkongsikan gambar diri sendiri bersama senaskah Al-Quran. Alhamdullilah saya akhirnya berjaya khatam Al-Quran untuk kali ketiga pada tahun ini. Kali pertama adalah ketika saya berumur 10 tahun dan kali keduanya ketika berusia 15 tahun.”
Mengakui hidupnya beransur tenang apabila mendekatkan diri dengan Allah dan mempelajari ajaran agama dengan lebih baik, Ammar turut menyampaikan pesanan hikmah kepada para muslim dan muslimat di luar sana agar sentiasa ikhlas memahami agama Islam.
View this post on InstagramAdvertisement
“Ingatlah dengan mendirikan solat, kita berkomunikasi dengan Allah dan dengan membaca Al-Quran, Allah sedang berbicara dengan kamu. Saya doakan semua orang menemui ketenangan hidup tidak kira di dunia dan akhirat.”- Ammar Alfian
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments