Umum mengetahui pelakon Sharifah Sakinah kini difahamkan bakal menamatkan zaman jandanya sekitar tahun hadapan.
Bahkan, beliau juga sebelum ini menyeru semua pihak mendoakan yang terbaik agar hubungan serta segala urusannya dengan bakal suami sentiasa dipermudahkan.
Terbaharu, Sakinah tampil memuat naik sebuah video pendek di laman Instagram memaparkan dirinya sedang mengajar bakal suaminya, Michael Hansen membaca huruf hijaiyah iaitu Alif Ba Ta.
Seakan tidak sangka, biarpun jejak tampan itu berbangsa Swedish, namun beliau dilihat mampu menyebut setiap huruf tersebut dengan lancar sehingga terkejut Sakinah dibuatnya.
Seperti sudah dijangka, biarpun berkongsi perkara yang baik, namun masih ramai netizen seakan tidak senang hati dengan perbuatannya yang turut melemparkan tanggapan negatif terhadap Sakinah.
Untuk rekod, Sakinah pernah melangsungkan pernikahan dengan seorang juruterbang, Aliff Adha. Malah, hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini juga turut dikurniakan seorang anak perempuan bernama Anais Adha sebelum bercerai pada Mei lalu.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments