Semakin mendekati hari bahagia, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat dan juga personaliti TV Nabil Mahir bakal mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 yang jatuh pada hari Jumaat ini.
Gementar dan teruja, Nabil Mahir yang ditemui media berkata dia berkeinginan untuk mempunyai bilangan anak yang ramai.
Menurut pengacara itu lagi, jika boleh dia ingin memiliki 13 orang anak kerana itu nombor kegemarannya.
View this post on Instagram
“Saya anak bongsu daripada dua orang adik-beradik. Kalau boleh saya nak 13 orang anak. Mengapa tidak kalau dikurniakan rezeki? Dalam masa sama, 13 itu nombor kegemaran saya.”
Advertisement
Pasangan romantis ini ditemui ketika majlis pelancaran lagu baru Ayda Jebat yang berjudul Parah di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur pada tengah hari semalam.
View this post on Instagram
Dalam pada masa yang sama, Ayda Jebat juga memberitahu bahawa dia dan Nabil tidak merancang dalam soal anak dan hanya berserah kepada rezeki Allah.
Ayda Jebat dan Nabil Mahir sebelum ini telah memutuskan untuk mengikat tali pertunangan pada 28 April lalu setelah beberapa bulan menjalin cinta.
The post “Kalau Boleh Nak 13 Orang Anak..” Ayda Jebat Dan Nabil Mahir Tak Rancang Soal Cahaya Mata Selepas Berkahwin first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments