#Hiburan: “Kacak Sangat Ke Saya Sampai Dituduh Buat Pembedahan Wajah?” – Hael Husaini

Siapa sahaja tak kenal dengan Hael Husaini? Merupakan antara pelapis penyanyi yang berbakat besar, sudah pasti setiap gerak gerinya akan sentiasa menjadi perhatian ramai.

Sentiasa tampil kemas daripada hujung rambut hingga hujung kaki, terserlah cita rasa lelaki ini yang sangat tinggi dalam berpakaian. Pun begitu, timbul pula spekulasi yang mengatakan bahawa Hael sanggup menjalani pembedahan kosmetik pada bahagian wajahnya untuk nampak segak.

Tidak melatah, Hael menjelaskan memang terdapat perubahan pada wajahnya namun bukanlah disebabkan oleh pembedahan kosmetik seperti yang meniti di bibir orang ramai.

Advertisement

“Kacak sangat ke saya sampai dituduh melakukan pembedahan wajah? Saya rasa macam biasa sahaja. Mungkin perubahan berlaku apabila saya mencukur jambang yang dibela, sejak sekian lama. Sebelum ini, saya terikat dengan kontrak yang memerlukan saya tampil seperti seorang yang berusia, jadi kenalah simpan jambang.”

hael husaini

Katanya lagi, dia tidak percaya bahawa seseorang itu perlu melakukan pembedahan wajah untuk kelihatan kacak. Malah penampilannya selalunya berubah dek hasil kerja penata gaya dan tatarias.

“Saya bukanlah seorang yang obses untuk mengubah wajah. Apa yang anda lihat pada saya sudah cukup sempurna. Wajah saya ‘ori’ tau.”

Tidak semestinya kena lalui pembedahan wajah untuk tampil handsome kan?

The post “Kacak Sangat Ke Saya Sampai Dituduh Buat Pembedahan Wajah?” – Hael Husaini first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments