#Hiburan: Contoh Sahabat Sejati, Peminat Kagum Keakraban Antara Amira Othman Dan Wany Hasrita

Nilai persahabatan yang ditunjukkan dua penyanyi terkenal. Wany Hasrita dan Amira Othman bukanlah perkara yang asing lagi buat peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan dua personaliti ini.

Wany yang baru-baru ini menyambut hari jadi turut mendapat ucapan teristimewa daripada Amira Othman.

Perkongsian manis itu telah dikongsikan Amira menerusi akaun Instagramnnya untuk tatapan peminat.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by @amiraaothman

“Happy birthday to my beautiful @wanyhasrita dia ni istimewa sangat dalam hidup saya. Tak boleh ungkap kenapa tapi itulah kedudukan dia dekat hati saya.”

Turut menghadiahkan sejambak bunga coklat buat sahabatnya itu, penyanyi lagu Hati-Hati itu juga mengucapkan doa selamat dan mendoakan yang terbaik buat Wany Hasrita.

Ketika meninjau ruangan komen, pengacara terkenal tanah air, Puan Sri Normala Samsudin turut kagum dengan tali persahabatan yang ditonjolkan mereka berdua.

Amira Othman dan Wany Hasrita sebelum ini dilaporkan pernah menunaikan ibadah haji bersama-sama sekitar Ogos tahun lalu.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments