#Hiburan: Aina Abdul Pilih Lady Gaga Sebagai Idola Fesyen , -“Ini Cara Saya Agar Lebih Mendapat Perhatian Dan Dikenali Ramai”

Sering tampil dengan imej pelik dan unik dalam setiap persembahan dan video muziknya, Aina Abdul mengakui dia banyak menerima kritikan dan menjadi bahan jenaka dalam kalangan sesetengah netizen.

Namun begitu, bagi Aina dia memang sengaja memilih fesyen pelik atau eksentrik kerana ingin tampil dengan lebih faktor penarik dalam kariernya. Ujarnya lagi, ketika dia mula-mula memasuki dunia hiburan, dia kurang mendapat perhatian jika berketerampilan seperti biasa.

View this post on Instagram

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Advertisement

“Jadi saya fikirkan bagaiman caranya untuk lebih diberi perhatian. Saya lihat Lady Gaga, penampilan eksentriknya selalu membuat orang sedar mengenai kewujudannya. Jadi saya ciptakan penampilan seumpama itu yang bersesuaian dengan tema dan lagu yang dinyanyikan.”

Namun begitu, Aina menolak dakwaan bahawa dia ingin mencari publisiti murahan dengan berpakaian lain daripada yang lain namun hanya mengharapkan kelainan dan keunikan dalam sesuatu persembahan untuk tatapan peminat.

View this post on Instagram

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Jauh sekali berkecil hati, Aina memberitahu bahawa dia tidak pernah mengambil kisah mengenai kata-kata tidak baik yang dilemparkan netizen dan hanya menganggapnya seperti angin lalu.

“Saya baca dan mana yang baik atau positif saya ambil..” – Aina Abdul

Sumber : Astro Gempak


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments