Pasangan suami isteri sensasi, Fattah Amin dan Nur Fazura mengumumkan telah menghasilkan lagu single terbaru berjudul Sinar Selawat, khas buat puteri sulung mereka, Nur Fatima Aisya.
Menganggap kehadiran puteri sulung mereka itu sebagai anugerah terindah,pasangan ini telah menterjemahkan perasaan syukur itu melalui penghasilan lagu Sinar Selawat ini.
Fattah yang sebelum ini telah muncul dengan lagu berunsur kerohanian berjudul Kiriman Agung berkata, lagu terbaru ini merupakan tanda penghargaan dan kesyukuran selepas dirinya bergelar bapa.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
“Seperti pasangan lain, saya dan isteri juga mendambakan kehadiran cahaya mata sebagai pelengkap kehidupan rumah tangga kami berdua. Alhamdullilah, penantian dan doa kami selama ini terjawab dengan kehadiranNur Fatima Aisya pada 2 Oktober lalu…”
Advertisement
Menurut Fattah lagi, karya itu ternyata sangat dekat di hatinya dan turut menyimpan makna yang tersendiri. Pelakon kacak itu turut meluahkan rasa kesyukuran kerana segala cita-cita untuk menghasilkan lagu tersebut berjaya dengan kerjasama kedua dengan komposer terkenal, Hafiz Hamidun serta penulis lirik iaitu Ahmad Fedtri Yahya.
Difahamkan lagu tersebut telah diterbitkan oleh Universal Music Malaysia dan telah pun dilancarkan di semua platform digital bermula 11 Disember yang lalu bersama-sama dengan video muzik rasmi.
Sumber : Astro Gempak
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments