#Hiburan: “Allah Akan Menyelesaikan Segalanya…” – PU Riz Akhirnya Beri Komen Kontroversi Hubungannya Dengan Neelofa

Jika sebelum ini, tunang kepada selebriti terkenal Neelofa, PU Riz hanya memilih untuk mendiamkan diri berhubung dengan isu yang terpalit antara dia dan personaliti itu, nampaknya dia dilihat telah tampil memuat naik status yang sedikit sebanyak dapat dikaitkan dengan kontroversi tersebut.

PU RIZ

Kira-kira jam 11 pagi tadi, PU Riz dilihat telah memuat naik sebuah kata-kata hikmah ataupun ‘quote’ menerusi ruangan Instagram Storynya.

Advertisement

Tulisan bahasa Arab yang turut mempunyai terjemahan Bahasa Inggeris itu mempunyai maksud yang mungkin dapat difahami peminat yang sedang mengikuti perkembangan perhubungan antara dua personaliti ini.

Status IG PU RIZ

“Dan ketahuilah bahawa Allah akan menyelesaikan segalanya dengan cara yang anda tidak pernah bayangkan..”

Dalam perkembangan lain, pada malam Ahad yang lalu, Neelofa telah tampil menjawab spekulasi yang timbul antara dia PU Riz selepas ianya semakin hangat diperkatakan oleh netizen di media sosial.

Neelofa dalam siaran IGTV di Instagramnnya telah menjelaskan bahawa segala dakwaan yang dilemparkan netizen kepada dia dan PU Riz seperti kononnya mereka telah bernikah secara sembunyi serta fitnah-fitnah yang berlegar di media sosial adalah tidak benar sama sekali.

Advertisement
View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Di akhir siaran langsung itu, Neelofa telah memohon doa daripada peminat agar urusan dan perhubungan antara mereka berdua baik-baik sahaja dan turut memberitahu bahawa keluarga kedua belah pihak kini sedang mencari titik persetujuan bagi masalah yang sedang dihadapi kini.

The post “Allah Akan Menyelesaikan Segalanya…” – PU Riz Akhirnya Beri Komen Kontroversi Hubungannya Dengan Neelofa first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments