#Hiburan: Ayda Jebat Tidak Ragu-Ragu Dan Nekad Pilih Berkahwin Dengan Nabil Mahir

Bakal melangsungkan perkahwinan pada tanggal 1 Januari 2021, Ayda Jebat mengakui bahawa dia berasa gementar menantikan saat bahagia bersama Nabil Mahir itu.

Walaubagaimanapun, penyanyi dan pelakon itu menyatakan bahawa dia sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai isteri pada usia 29 tahun.

“Alhamdulillah segala persiapan menuju majlis pernikahan sudah diatur dengan baik. Cuma semakin dekat nak berkahwin semakin banyak pula kerja yang datang dan perlu disiapkan.

Advertisement

Lebih mengujakan apabila Ayda meluahkan yang dia yakin dengan keputusan dan pilihan yang dibuat ini. Doanya agar perkahwinan yang bakal dibina ini akan berlayar dengan lancarnya.

“Saya sudah bersedia bergelar isteri dan tidak pernah terbit rasa ragu-ragu dengan keputusan ini. Mahu atau tidak saya kena juga bersedia. Saya pun tak pasti apakah yang bakal dilalui selepas bergelar isteri. Suma mengharapkan perkahwinan yang dibina berjalan dengan baik dan dipermudahkan.”

Disebabkan oleh situasi kini yang tidak mengizinkan, Ayda menyatakan bahawa majlis pernikahan mereka nanti akan berlangsung dengan sederhana sahaja.

“Apa yang penting adalah perkara wajib iaitu majlis akad nikah dapat disempurnakan dengan baik. Kami hanya buat pernikahan di masjid yang hanya akan dihadiri kurang 50 tetamu.”

Semoga majlis Ayda Jebat dan Nabil Mahir berjalan dengan jayanya esok.

The post Ayda Jebat Tidak Ragu-Ragu Dan Nekad Pilih Berkahwin Dengan Nabil Mahir first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments