#Hiburan: Solat Bersama, Ikmal Amry Titip Pesanan Agar Najla Mampu Jadi Isteri Yang Baik

Biarpun baru sahaja dua hari bergelar pasangan suami isteri, kini nama pelakon Ikmal Amry khabarnya makin disebut-sebut di laman sosial.

Berikutan itu, beliau tampil memuat naik sebuah video dirinya dan isteri selesai menunaikan solat secara berjemaah di laman Instagramnya.

Advertisement

Lebih menarik, posting tersebut seakan mencuri tumpuan umum apabila Ikmal dilihat menzahirkan ucapan salam buat isterinya dan menitip pesanan dengan lembut agar menjadi isteri yang baik kelak.

Advertisement

“Assalamualikum makmum… Sayang jadi isteri yang baik ya.”

Seperti sudah dijangka, entri berkenaan dibanjiri dengan kata-kata positif daripada peminatnya. Bahkan, rata-rata pengikut pelakon itu difahamkan gembira sambil mendoakan agar pasangan pengantin baru ini kekal berbahagia hingga ke akhir hayat.

Untuk rekod, Ikmal dan Najla telah sah bergelar pasangan suami isteri pada 19 Disember lalu.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments