#Hiburan: Suami Terpaksa Jalani Pembedahan, Mila Jirin Menangis Kerana Risau

Penyanyi Mila Jirin kini tampil memaklumkan bahawa suaminya, Isz Mustapha terpaksa menjalani prosedur pembedahan arthroscopy.

Kata Mila, ia dilakukan untuk merawat masalah pada bahagian bahu suaminya yang khabarnya agak sukar untuk melakukakn pergerakan tangan.

Advertisement

Perkara itu dikongsi sendiri oleh Mila di laman Instagram miliknya tempoh hari.

Advertisement

“Suami saya memang sudah lama sakit bahu. Dua minggu lepas apabila jumpa doktor, katanya otot pada bahu koyak dan ada masalah pada tulang. Saya pun tak berapa faham sangat. Sebab itu suami tak boleh angkat tangan lurus ke atas. Kalau tersalah pusing akan sakit. Jadi, doktor buat keputusan untuk lakukan pembedahan.”

Menerusi entri terbabit, jelas kelihatan Mila difahamkan seolah sebak sehingga mengalirkan air mata kerana mengenangkan suaminya itu yang perlu dibedah.

“Doktor cakap bukan pembedahan major, minor sahaja. Tapi ya lah, perasaan seorang isteri itu lain. Kita nampak suami kita naik katil pergi dewan pembedahan pun dah rasa lain. Esok ulang tahun kelahiran saya. Saya berdoa kepada Allah, saya tak nak apa-apa, saya cuma minta Allah beri kesihatan baik kepada suami saya, itu sahaja.”

Untuk rekod, Mila sebelum ini telah sah menjadi isteri Isz pada November 2015. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata bernama Mohd. Arif Zikri yang kini telah berusia tiga tahun.

Sumber: Gempak


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments