#Hiburan: Dah Mampu Beli Seluar Dalam Sendiri, Ismail Izzani Minta Izin Ibu Nak Kahwin

Berniat hanya ingin bergurau, perkongsian penyanyi Ismail Izzani ternyata telah mencuri perhatian peminat apabila dia memuat naik sekeping foto memaparkan dia sedang memilih seluar dalam.

Menerusi kapsyen foto tersebut, Ismail dilihat telah berkata kepada ibunya, Datin Suliza Salam bahawa dia kini sudah boleh berkahwin kerana telah mampu membeli seluar dalam sendiri.

View this post on Instagram

A post shared by @ismailizzani_

Advertisement

“Mama, Zani dah boleh kahwin lah sebab dah boleh beli seluar dalam sendiri!! @sulizasalam_ #gurauje #brocuba #maafkalautakkelakar “

Meninjau ruangan komen, ibu kepada penyanyi muda tersebut turut meninggalkan komen lucu sebagai jawapan balas Ismail Izzani itu.
Dalam kalangan peminat yang terhibur ada juga yang tidak senang dengan entri yang dimuat naik penyanyi tersebut dan tampil memberikan komen-komen nakal seperti saiz seluar dalam yang dipakai Ismail.

Macam-macam hal!


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments