#Hiburan: Teringin Berlakon, Haqiem Rusli Letak Syarat Tak Akan Bersentuhan Dengan Pelakon Wanita

Mengakui dirinya tidak akan sesekali melakukan babak bersentuhan dengan pelakon wanita yang berganding dengannya, penyanyi Haqiem Rusli tampil mendedahkan bahawa dirinya teringin untuk membintangi filem.

Katanya lagi, beliau tetap akan mempertahankan prinsipnya andai perlu berdepan dengan situasi sedemikian rupa.

Advertisement

“Selain menyanyi, saya sebenarnya teringin nak berlakon filem. Cuma, belum diberikan lagi peluang itu. Keinginan (berlakon) ini tercetus selepas berborak dengan Datuk Rosyam Nor selepas persembahan kami di Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) yang lalu. Mendengar sendiri pengalaman beliau, membuatkan saya mahu berlakon pula. Saya mahu tunjukkan sisi berbeza diri yang bukan sekadar seorang penyanyi sahaja. Bagaimanapun, sekiranya membabitkan babak seperti berpegangan tangan dengan pelakon wanita, saya takkan buat. Saya akan berjuang untuk perkara itu disebabkan mahu mengekalkan prinsip diri saya.”

Dedahnya lagi, beliau juga pernah menghubungi pengarah Syamsul Yusof bertanyakan berkenaan peluang untuk ceburi bidang lakonan.

“Seperti baru-baru ini, saya ada hubungi Syamsul untuk menawarkan diri berlakon dalam nada bergurau. Mana tahu, hajat saya kesampaian. Syamsul pun kata nak bagi peluang, tapi tak pastilah jika dia sebenarnya serius. Namun, saya memang nak. Saya pilih Syamsul kerana memang suka dengan filem-filemnya dan berhasrat juga nak bekerja dengan dia. Bagi saya, dia sangat santai dan senang berborak berbanding takut pula jika berbual dengan pengarah lain yang lebih senior.”

Untuk rekod, Haqiem sebelum ini telah dinobat sebagai Bintang Paling Popular (ABPBH33) bulan lalu, malah beliau juga telah berjaya membolot trofi Top Top MeleTOP Lelaki di Anugerah MeleTOP ERA 2020 (AME2020).

Sumber: Harian Metro


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments