#Hiburan: Tak Pernah Khatam Al-Quran, Penyanyi Sufie Rashid Tak Segan Baru Nak Belajar Mengaji

Penyanyi kelahiran Singapura dan bekas juara program Akademi Fantasia 2015, Sufie Rashid mengakui dia tidak pernah berpeluang untuk khatam Al-Quran dan kini sedang dalam proses belajar membaca ayat-ayat suci tersebut.

Sufie,29, mendedahkan dia kini sedang mempelajari Iqra’ satu dan turut mengikuti program Kelas Ngaji Talaqqi (TNT) secara dalam talian anjuran stesen TV Al-Hijrah dengan kerjasama Akademi Sinergi Ikhlas Sdn. Bhd. pada setiap hari Rabu.

Mengambil inisiatif sendiri untuk mempelajari Al-Quran, Sufie menjelaskan dia pernah memasuki madrasah untuk tujuan itu namun tidak sempat khatam dan terus berhenti.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by @sufierashid

View this post on Instagram

A post shared by @sufierashid

“Saya fikir sampai bila tak pandai membaca dan mengaji Al-Quran. Itu yang terbuka hati nak belajar semula. Apa lagi 28 januari depan umur sudah 30 tahun. Jadi sejak sebulan lalu saya ambil inisiatif mengikuti kelas dalam talian bersama Ustaz Iman pada setiap selasa selepas maghrib selama 15 minit. Kemudian TV Al-Hijrah pelawa untuk terbabit dalam program mereka. Jadi ada tambahan ustaz untuk mengajar selama sejam.”

Advertisement

Tidak malu untuk mengakui bahawa dirinya langsung tiada pengetahuan mengenai ayat-ayat suci Al-Quran, Sufie meletakkan azam 2021 supaya dapat belajar mengaji dengan lebih lancar dan berjaya khatam naskah suci itu.

“Bagi saya biarlah malu asalkan dapat ilmu. Alhamdullilah, apabila saya berkongsi di media sosial ramai mesej DM bertanya dan minta motivasi..” – Sufie Rashid

Sumber : Harian Metro


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments