#Hiburan: Neelofa Akui Hanya Ketawa Apabila Baca Komen Negatif

Meskipun sedang dihimpit kontroversi mengenai hubungannya dengan PU Riz, namun Neelofa kelihatan tenang dan terus berinteraksi dengan peminatnya seperti biasa di laman media sosial.

Mengambil kesempatan meminta pengikutnya bertanyakan apa sahaja soalan, sudah pasti peluang ini tidak dibiarkan begitu sahaja oleh netizen.

neelofa

Advertisement

Antara salah satu soalan yang menarik perhatian ramai ialah bagaimana usahawan wanita itu berhadapan dengan komen negatif. Walaubagaimanapun jawapan Neelofa nyata menunjukkan bahawa dia bukanlah seorang yang mudah melatah.

“Sejujurnya… biasanya saya hanya akan gelakkan sahaja. Tak simpan sebarang perasaan marah atau apa pun sebab ia
tidak benar, jadi kenapa nak ambil hati? Selepas itu, saya akan terus move on.”

Selepas menjawab soalan itu, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan pandangan positif yang dimiliki Neelofa. Sedangkan ramai yang pasti akan tersungkur apabila membaca komen negatif namun wanita itu memilih untuk tidak mengambilnya dengan serius.

The post Neelofa Akui Hanya Ketawa Apabila Baca Komen Negatif first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments