Umum sedia maklum, pelakon penuh kontroversi iaitu Emma Maembong telah selamat melahirkan anak sulung lelaki pada 8 November lalu, lantas perkongsian berita itu disambut baik oleh seluruh peminatnya.
Namun begitu, entri terbaru Emma kini kembali meraih perhatian umum apabila tampil berkongsi foto di kedai makan bersama seorang rakan baiknya di laman Instagram.
Rentetan itu, entri berkenaan telah mengundang rasa kurang senang netizen yang seolah bimbang apabila melihat pelakon itu sudah keluar berjalan biarpun masih belum selesai berpantang.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya menzahirkan rasa bimbang dan tampil menegur Emma kerana perbuatannya itu mampu memudaratkan kesihatan.
Untuk rekod, Emma yang sepatutnya berpantang selama 44 hari itu telah selamat bergelar isteri kepada juruterbang, Muhammad Shazli Azhar, pada majlis tertutup di sebuah premis acara di Bukit Damansara.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments