#Hiburan: Comel Sungguh! Penantian Berakhir, Fattah Dan Fazura Kongsi Wajah Anak Untuk Tatapan Peminat

Setelah hampir dua bulan cahaya mata kesayangan pasangan sensasi negara, Fazura dan Fattah Amin akhirnya telah mendedahkan wajah anak perempuan mereka, Nur Fatima Aisya kepada peminat.

Fazura Dan Nur Fatima AisyaSumber : Instagram Nur Fazura  

Difahamkan, kedua-dua pasangan ini telah memuat naik foto keluarga menerusi akaun Instagram masing-masing tepat jam 12 tengah malam tadi sempena tahun baru 2021.

Menggayakan busana sedondon anak beranak, keluarga kecil ini ternyata telah mendapat reaksi netizen yang rata-rata teruja melihat wajah comel puteri sulung mereka berdua.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Ramai peminat yang menantikan kemunculan ekslusif Nur Fatima Aisya telah memuji kecomelan si cilik itu dan turut mengucapkan tahun baru kepada pasangan secocok ini.

Fattzura

Terdahulu, pelakon filem Pisau Cukur itu telah selamat melahirkan puteri sulung pada 2 Oktober yang lalu setelah tiga tahun mendirikan rumah tangga bersama Fattah Amin.

The post Comel Sungguh! Penantian Berakhir, Fattah Dan Fazura Kongsi Wajah Anak Untuk Tatapan Peminat first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments