#Hiburan: Tunai Solat Sebelum AME2020, Netizen Kagum Dengan Haqiem Rusli

Bagai tidak putus-putus dilimpahi rezeki, kini penyanyi muda berbakat besar, Haqiem Rusli mula meraih perhatian umum apabila tular di media sosial tindakannya mengerjakan solat ketika menghadiri Anugerah MeleTOP ERA 2020, tempoh hari.

Perkara itu didedahkan oleh seorang jurufoto, Aqo Imran yang tampil memuat naik video penyanyi itu sedang bersembahyang, namun tidak dapat dipastikan sama ada solat fardhu Maghrib atau Isyak yang ditunaikannya.

Advertisement

Seperti sudah dijangkan, posting tersebut telah mendapat mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Bahkan ramai juga yang memuji sifat Haqiem yang tidak lupa untuk melaksanakan perkara yang wajib dalam Islam.

Advertisement

Untuk rekod, Haqiem sebelum ini telah dinobat sebagai Bintang Paling Popular (ABPBH33) bulan lalu, malah beliau juga telah berjaya membolot trofi Top Top MeleTOP Lelaki di AME2020.

Sumber: Rotikaya


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments