#Hiburan: Antara Yang Pertama, Sasha Saidin Selamat Terima Vaksin COVID-19

Penyanyi dan pelakon, Sasha Saidin menjadi antara rakyat Malaysia yang pertama mendapat suntikan vaksin COVID-19, baru-baru ini.

Menurut Sasha, dia dan suaminya iaitu Sirhan Wahab yang kini berada di Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah mendapat suntikan vaksin tersebut pada hari Khamis yang lalu.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Sasha menerusi laman Instagramnnya, baru-baru ini. Menurut kakak kepada pelakon Zain Saidin ini lagi, dia dan suami telah mendapatkan suntikan vaksin jenis Sinopharm.

Advertisement

Jelasnya lagi, keputusan itu dibuat setelah membuat perbandingan antara satu lagi jenis vaksin iaitu pfizer. Sebelum itu, mereka berdua juga turut ditanyakan mengenai beberapa soalan mengenai alahan dan kesihatan mereka sebelum disuntik.

Dia dalam pada itu sempat menyampaikan pesanan kepada setiap insan agar sentiasa cakna mengenai perkembangan terkini mengenai wabak dan vaksin yang diperkenalkan kepada dunia ketika ini.

Turut mengucapkan penghargaan kepada kerajaan UAE kerana telah memberikan vaksin tersebut secara percuma tanpa mengira warna kulit, bangsa dan agama.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments