Kekasih kepada Sharifah Sakinah, Michael Hansen tampil menafikan dakwaan bahawa pelakon wanita itu merupakan punca kepada runtuhnya rumah tangga antara dia dan bekas isteri.
Menurut lelaki kelahiran Sweden itu menegaskan bahawa dia mengenali Sakinah selepas bercerai dengan bekas isteri dan tidak pernah menjalinkan hubungan sulit sepanjang tempoh perkahwinan.
Ujarnya lagi, hubungan dia dengan bekas isteri telah lama berakhir kira-kira setahun sebelum dia mengenali pelakon dan juga pelawak itu.
“Merujuk kepada khabar angin yang tersebar di media sosial sejak kebelakangan ini, saya ingin jelaskan bahawa Sharifah Sakinah bukan penyebab perpisahan perkahwinan saya. Hubungan antara saya dan ibu anak-anak saya sudah berakhir setahun sebelum saya bertemu dengan Sakinah. Selepas perpisahan itu kami memang tinggal secara berasingan.”
Michael yang dihubungi media turut memuji kekasihnya itu sebagai wanita yang hebat, baik hati dan mempunyai sikap kelakar yang menyenangkan hati.
Dia dalam pada itu turut meminta orang ramai supaya menghormati masa silam yang telah terjadi antara mereka dan juga kehidupan peribadi keluarga masing-masing.
Dalam perkembangan lain, Sakinah sebelum ini telah mengumumkan bakal mengikat tali pernikahan dengan Michael Hansen pada 28 Mei 2021.
The post Didakwa Jadi Orang Ketiga Dalam Rumah Tangga, Michael Hansen Nafi Sharifah Sakinah Punca Perpisahan Dengan Bekas Isteri first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments