#Hiburan: Hael Husaini Sahkan Nabila Razali Bakal Berentap Di Pentas AJL35

Seakan mengejutkan ramai pihak kini apabila penyanyi Hael Husaini menerusi hantaran di laman Twitter, mengesahkan bahawa penyanyi Nabila Razali akan kembali semula menyanyikan lagunya sendiri, Peluang Kedua di pentas Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) yang dijadualkan pada 7 Februari 2021.

Hael yang juga komposer lagu itu bersama MFMF dalam posting tersebut dilihat tampil menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Nabila yang pertama kalinya akan membuat persembahan di pentas besar AJL.

Advertisement

Bahkan, peminat juga khabarnya gembira dengan berita tersebut dan idak terlepas mendoakan kejayaan Hael yang mempunyai tiga buah lagu ciptaannya dalam AJL kali ini.

Terdahulu, Nabila memaklumkan kepada umum bahawa beliau terpaksa menarik diri daripada bertanding dalam Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 (SFMM35) selepas dinasihatkan oleh doktor untuk berehat berikutan keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.

Tahniah kami ucapkan, semoga Nabila yang sebelum ini sering dikecam bersuara sumbang dan mempunyai teknik nyanyian yang teruk mampu mendendangkan lagu Peluang Kedua dengan baik sekali gus mampu membuktikan bahawa beliau juga layak berentap di malam kemuncak AJL sebaris penyanyi-penyanyi hebat seperti Aisyah, Aina Abdul dan Ernie Zakri nanti.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments