#Hiburan: “Kakak Pakai Purdah, Adik Belanja” – Kongsi Foto Bercangkung, Ameera Khan Dihentam Netizen

Bertindak memuat naik sendiri foto dirinya mempamerkan “posing” seakan duduk bercangkung sambil mengenakan busana serba ketat berwarna “nude”, selebriti, Ameera Khan kini raih perhatian netizen.

Menerusi posting berkenaan, jelas kelihatan penampilan Ameera kini seakan persis model antarabangsa kerana aksi yang ditonjolkan dilihat sangat luar biasa.

Advertisement

Difahamkan, foto itu diambil sewaktu Ameera menjadi duta kepada salah sebuah jenama produk rambut tempatan.

Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut adik usahawan popular, Neelofa ini dibanjiri dengan pelbagai reaksi.

Bahkan, wujud juga segelintir pihak yang tampil mengecam tindakannya itu kerana dilihat agak keterlaluan sehingga ada yang mendakwa foto itu kelihatan seperti dirinya sedang berbogel.

Namun demikian, meskipun dihentam teruk, segelintir peminatnya tampil mendoakan agar suatu hari nanti Ameera akan mengikut jejak kakaknya untuk berhijrah ke arah yang lebih baik.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments