Penyanyi yang sinonim dengan penampilannya yang ‘berani’ dan seksi, Zizi Kirana mengakui dia kini ingin mengurangkan memakai pakaian menjolok mata selepas ditegur oleh ibunya.
Zizi yang pernah digelar bintang porno oleh individu tidak bertanggungjawab suatu ketika dahulu juga dilihat sudah lama tidak berkongsikan penampilan beraninya itu di media sosial terutama Instagram.
Penyanyi lagu EH! itu berkata dia sudah tidak mahu melihat ibunya bersedih dan kini menanam azam baru untuk berubah ke arah yang lebih baik.
Zizi menjelaskan bahawa dia telah menerima mesej teguran daripada ibu kesayangan dan ianya secara tidak langsung telah membuatkan dirinya terfikir sama ada dia telah mengecewakan ibunya selama ini.
View this post on Instagram
“Saya dapat nasihat dan teguran daripada mummy, sebab sehingga umur saya 35 tahun dia tak pernah bagi nasihat yang panjang-panjang melalui mesej. Bila mummy mesej macam tu, saya pun terfikirlah selama ini saya kecewakan dia ke? Saya nangis semasa baca mesej macam tu.”
Tambah Zizi lagi, ibunya tidak meminta untuk dia berhijab kerana bimbang dia tidak istiqamah dan membukanya semula kelak. Hanya berubah secara perlahan-lahan, Zizi juga berkata bahawa dia sudah berjanji pada ibunya untuk tidak lagi berpakaian seksi.
Dalam pada itu, penyanyi yang pernah muncul dalam sitkom komedi ini turut memadam gambar-gambar yang memaparkan dia memakai pakaian terdedah yang telah dimuat naik di Instagram sebelum ini.
The post Tak Mahu Lihat Ibu Bersedih Lagi, Zizi Kirana Janji Akan Kurangkan Pakai Seksi first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments