#Hiburan: Duduk Rumah Pun Nak Pakai Emas, Mawar Rashid Kongsi Pengalaman Hamil Anak Perempuan

Bakal melahirkan cahaya mata perempuan tidak lama lagi, pelakon Mawar Rashid mendedahkan bahawa dia kini sedang obses dengan perhiasan berunsurkan emas dan sentiasa ingin memakai batu bernilai itu meskipun hanya duduk di rumah.

Mwar Rashid

Mawar Rashid atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid berkata, dia kini gemar memakai emas malah turut berkejar ke kedai emas untuk membeli perhiasan tersebut buat dirinya dan bayi yang bakal lahir tidak lama lagi.

Advertisement

Menurut Mawar, obsesinya kepada barang perhiasan bernilai itu telah dapat dirasai sejak dia belum hamil lagi. Selain daripada emas, pelakon drama Tundukkan Playboy Itu juga gemarkan bunga dan wangian.

View this post on Instagram

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)

“Mengidam nak pakai emas..daripada sebelum dapat tahu hamil lagi. Walaupun kat rumah, dari kepala hingga ke kaki pakai barang kemas. Ini beberapa hari sebelum bersalin, cepat-cepat lari ke kedai emas. Belikan emas untuk my baby girl dan mommy dia..lebih kepada mommy sebenarnya. Baca kapsyen sebelum gambar ini. Hamil kali ini, suka betul dengan emas, bunga dan wangian. Ok sekian update terkini..”

Dia tampil berkongsikan mengenai perkara itu menerusi akaun Instagramnnya dan hanya sekadar ingin memaklumkan kepada peminat berkenaan keadaannya kini.

Mawar Rashid dan Keluarga

Sekadar info, Mawar telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Raf Yaakob pada November 2017 yang lalu dan telah pun dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang kini berusia setahun. Raf sebelum ini pernah berkahwin dan turut mempunyai dua orang anak iaitu Raden Ahmad Rayyan,9, dan Raden Seri Raysaa Chanela yang kini berusia lima tahun.

The post Duduk Rumah Pun Nak Pakai Emas, Mawar Rashid Kongsi Pengalaman Hamil Anak Perempuan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments