Dikritik kerana memberi reaksi muka ketika saat Kamal Adli melamar kekasihnya, Uqasha Senrose di atas pentas Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020) semalam, pelawak Zizan Razak telah menerima pelbagai respons terutamanya daripada netizen.
Malah, reaksi Zizan ketika momen itu berlangsung turut tular dan mendapat perhatian pengguna media sosial sehingga ke hari ini.
Namun, bagi sisi Zizan, dia tampil meluahkan rasa kurang senang apabila ada sesetengah individu tampil membuka kembali cerita lama mengenai kisah cintanya dan turut mempersoalkan jodoh pelawak berkenaan.
Menurut Zizan lagi, reaksi wajahnya pada malam itu bukanlah sesuatu yang dirancang namun hanya ingin memberi respon yang ‘sporting’ untuk membuatkan program tersebut lebih menarik dan menghiburkan.
Me as zizan right now ?? #AME2020
Congratsssss @Uqashasen @kamaladli ?? pic.twitter.com/wL5Rh7uP3Q— YAN (@sorfinaaaaaaa) December 20, 2020
zizan “aku kapan ya Allah” ??? #AME2020 pic.twitter.com/u9uGDac4y4
Advertisement— S H E R Y (@_rajashery) December 20, 2020
“Melihat apa yang berlaku malam ini telah menjadi perbualan di media sosial tentang jodoh saya selepas Kamal Adli melamar Uqasha Senrose di pentas AME2020. Bila sebut bab jodoh saya tidaklah sebangsat itu dan seperti yang anda sangkakan. Segalanya saya serahkan pada Allah. Kerana jodoh ajal maut itu bukan urusan kita dan semestinya Dia.”
Dia dalam pada itu turut meminta maaf jika perbuatan mimik mukanya pada saat indah antara dua pelakon itu telah mengguris hati sesiapa di luar sana.
Mengimbas kembali, Zizan Razak dan Kamal Adli pernah terkait dengan kontroversi ‘cinta tiga segi’ antara mereka dan pelakon Emma Maembong.
Sumber : mStar Online
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments