Jika sebelum ini pelakon Balkisyh Semundur Khan sedang giat mencari bapa kandungnya kerana urusan wali perkahwinan, dia kini sudah selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihan hatinya iaitu Mohd Nazri Zakaria yang juga seorang duda pada petang sabtu yang lalu.
Balkisyh yang ditemui menjelaskan dia sepatutnya bernikah dengan suaminya beberapa bulan yang lalu namun terpaksa ditunda atas sebab-sebab tertentu.
Dia dalam pada itu turut meluahkan rasa kesyukuran kerana usaha mencari bapa kandungnya iaitu Semundur Khan Gulam Khan dipermudahkan dengan bantuan JAWI.
Balkisyh yang pada awalnya mengalami kesukaran menjejak kedudukan bapanya itu turut dibantu dengan bantuan rakan media yang menghebahkan pencarian tersebut.
Pelakon drama Mok Cun ini dan suaminya telah bernikah di Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan menggunakan wali hakim kira-kira jam 2.30 petang hari Sabtu lalu dan disaksikan kira-kira 20 tetamu.
Pasangan kemudian diraikan dalam sebuah majlis ringkas penuh bermakna bertempat di sebuah restoran di ibu kota bersama keluarga dan sahabat handai.
Ketika ditanyakan mengenai detik perkenalan bersama suami, Balkiysh berkata dia dan Nazri telah berkenalan sejak tiga tahun lalu.
View this post on Instagram
“Dia duda tak ada anak. Dan dia menjadi lelaki yang boleh menerima masalah dan pahit getir hidup ini. Malah lebih utama, dia dapat menerima dan serasi dengan dua anak saya. Dialah yang selama perkenalan begitu tabah dan melalui kesukaran dilalui bersama. Kebaikan dan peribadi dimilikinya juga mengatasi segala-galanya.”
Mengimbas kembali, Balkisyh pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Aizad Rosli pada tahun 2007 dan kemudian bercerai pada September 2017 yang lalu. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Nur Qalesya,9, dan Muhamad Nor Qaisyh Khan, 4 tahun.
The post Urusan Mencari Bapa Sebagai Wali Dipermudahkan, Balkiysh Semundur Khan Bergelar Isteri Sekali Lagi first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments