#Hiburan: (TAHNIAH) Tasha Shila Umum Kini Hamil Lima Bulan

Pelakon cantik, Tasha Shila baru-baru ini telah mengumumkan berita gembira bahawa dirinya kini hamil lima bulan.

Pengumuman itu telah dibuat pelakon itu menerusi akaun Instagram miliknya, sebentar tadi.

Difahamkan juga .kandungan Tasha Shila sudahpun mencecah lima bulan sehingga tarikh ianya diumumkan.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by TASHA SHILLA (@tashashilla)

“Syukur Alhamdullilah, Tasha dan Atiq ingin membuat pengumuman rasmi mengenai kehamilan saya yang kini berusia lima bulan. Saya memohon anda semua doakan yang baik-baik supaya bayi di dalam kandungan dikurniakan kesihatan yang baik, dan selamat hingga ke hari kelahiran dan hari-hari selanjutnya, Insya-Allah,”

Tasha juga dilihat sempat mengucapkan doa kepada peminat di luar sana agar dipermudahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

View this post on Instagram

A post shared by TASHA SHILLA (@tashashilla)

Meninjau ruangan komen, berita gembira tersebut turut mendapat ucapan tahniah daripada beberapa rakan artis seperti Fauziah Latiff dan Zahirah Macwilson selain peminat yang mengikuti perkembangan Tasha Shila.

Sekadar info, Tasha telah selamat bergelar isteri kepada suami tersayang, Muhammad Atiq Idris pada 28 Februari 2020.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments