#Hiburan: Terbit E.P Terbaru, Yonnyboii Ajak Peminat Kenali Dirinya Menerusi Album ‘Yonny’

Semakin ‘mendunia’ dalam bidang seni nyanyian, komposer dan penyanyi muda, Yonnyboii dilaporkan telah muncul dengan album E.P terbaru berjudul Yonny.

Yonnyboii atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin,22, menjelaskan bahawa album terbarunya itu sarat dengan pengisian muzik tulus untuk peminat memahami segala rasa yang telah diterjemahkan dalam setiap bait lagu yang dihasilkan.

Bak pelangi kata Yonnyboii, dia tidak mahu meletakkan harapan tinggi namun berharap peminat muzik dapat menghayati sendiri setiap karya yang terhasil untuk mengenali siapa dirinya yang sebenar.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by KING ? (@yonnyboii)

“Menerusi album E.P ini saya mengambil kesempatan memperkenalkan diri saya sebenar dengan menyatakan kejujuran setiap lenggok melodi serta pengisian lirik yang terkandung menerusi lagu-lagu yang disampaikan. Apa saya boleh nyatakan, album ini sarat merencanakan warna-warni seni Yonny, bak pelangi,”

Sekadar info, antara penerbit lagu dalam album Yonny adalah Adam E, Freddie Laut, Zachsutton, Vincent88, Mingaling dan Wolfie. Antara lagu yang terkandung dalam album tersebut adalah Salahku, Salahku 3.0, Pelikk, Bayang, Hidup Giler, Sheenta, Sheenta With Shee, Boleh Bla dan Aku Itu Aku.

Sumber : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments