Pelakon Mawar Rashid yang bertindak menghantar anak sulungnya, Raden Muhammad Rafael yang masih belum mencecah usia dua tahun ke prasekolah telah mengundang kecaman daripada warga maya.
Mawar dilihat telah berkongsi paparan tangkap layar sebuah mesej daripada seorang individu yang menganggap artis itu seolah-olah malas menjaga anaknya sejak kecil lagi menerusi akaun Instagramnnya.
Malah, individu itu turut mendakwa pelakon itu seperti tidak menyukai anaknya kerana menyerahkan tugas menjaga Raden kepada pembantu rumah dan ibunya sendiri.
“Mawar malas nak jaga Rafael ke suruh hantar sekolah? Kesian dia kecil lagi, baru setahun. Perasan juga dari Rafael kecil, Mawar macam tak jaga dia. Pembantu rumah dan mak Mawar yang jaga. Mawar macam tak suka anak, tapi sibuk bunting lagi”
Pelakon filem Pok Ya Cong Codei itu sebelum ini telah memuat naik sebuah video di Instastory yang memaparkan anak sulungnya itu sedang melakukan aktiviti di sebuah prasekolah.
Dalam pada itu Mawar pernah menjelaskan bahawa dia terpaksa menghantar Raden ke institusi pendidikan itu kerana mahu mencari rezeki seperti menguruskan perniagaan dan berlakon.
Namun, enggan mengeruhkan keadaan, pelakon wanita itu berkata dia sudahpun memaafkan dan mendoakan yang terbaik buat individu itu.
Meskipun menerima kecaman sedemikian rupa, Mawar meluahkan rasa syukur kerana masih ada peminat yang memberikan kata-kata positif dan menaikkan kembali semangatnya setelah dikritik sedemikian rupa.
View this post on Instagram
Sekadar info, Mawar dan keluarga kini sudah tidak sabar untuk menimang cahaya mata kedua iaitu seorang bayi perempuan yang khabarnya bakal lahir pada bila-bila masa sahaja ketika ini.
The post “Macam Tak Suka Anak Tapi Sibuk Beranak..” Mawar Rashid Sedih Dituduh Malas Jaga Zuriat Sendiri first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments