#Hiburan: Dikhabarkan Jadi Wali, Bapa Neelofa Enggan Beri Kenyataan Lanjut

Disebabkan oleh kontroversi yang menimpa hubungan Neelofa dan Pu Riz, tanpa sengaja nama bapa usahawan wanita itu iaitu Mohd. Noor turut terkena tempiasnya sekali.

Daripada khabar angin yang tersebar, lelaki itu dikatakan telah menjadi wali kepada pernikahan Neelofa dan Pu Riz yang kononnya berlangsung di Kelantan.

Kata bapa Neelofa, dia dihubungi ramai orang termasuklah pihak media yang mahu bertanyakan mengenai kesahihan khabar angin tersebut.

Advertisement

“Saya sudah katakan semalam bahawa saya tidak mahu memberi sebarang komen mengenai perkara itu. Saya juga tidak mahu bercakap apa-apa mengenai perkara itu hari ini.”

neelofa

Jelasnya lagi, cukup dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Neelofa kelmarin dan tidak perlu itu dia memberikan kenyataan tambahan lagi.

Untuk makluman semua, Neelofa mengkhabarkan bahawa keluarganya dan keluarga PU Riz kini sedang berbincang bagi mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah di antara mereka.

The post Dikhabarkan Jadi Wali, Bapa Neelofa Enggan Beri Kenyataan Lanjut first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments