Melihatkan dunia kini yang berubah 180 darjah dek serangan pandemik berbahaya, ternyata banyak benda yang terkesan kerana hal ini. Mungkin anda rasakan hanya gaya hidup yang mengalami perbezaan nyata tapi sebenarnya, secara dalaman, ia turut memberikan kesan kepada perasaan dan badan anda.
Muram tidak boleh keluar bergembira seperti dahulu dan semakin sedih apabila melihat kulit badan yang kini kelihatan tidak bermaya kerana kurang melakukan aktiviti luar. Seperti yang anda tahu gaya hidup yang aktif sebenarnya merupakan ‘trick’ hebat dalam memastikan kesihatan badan luar dan dalam.
Kondisi kulit anda sudah pasti akan terjejas teruk kerana gaya hidup kini yang berlainan daripada biasa. Tak cukup dengan itu, suasana dalam rumah yang kering juga ialah faktor utama kepada kulit menjadi kering dan tidak berseri. Dah lah hidup muram, kulit pula buat perangai.. sedih betul!
Pun begitu zero alasan buat anda dalam hal penjagaan kulit. Meskipun norma sudah berubah namun anda juga seharusnya mencari penyelesaian untuk memastikan kesihatan kulit terus mantap dan baik. Sebab itu anda perlukan bantuan bagi memastikan kulit nampak berseri dan sihat walaupun lebih banyak menghabiskan masa di rumah sahaja.
Nak tahu apa rahsianya? Mudah sangat sebenarnya! Dengan produk #myNIVEA iaitu NIVEA C&E Vitamin Lotion, segala masalah yang membelenggu kulit anda akan dapat diselesaikan. Memang hero buat anda yang dah lama runsing kerana masalah yang tiada jalan penyelesaian ini.
Best betul kalau anda amalkannya selalu sebab formula pekat ini pantas menyerap dengan kebaikan Nutrien Kulit 10-dalam-1. Malah kandungan 50 kali ganda Vitamin C akan membantu memulihkan kulit kusam dan Vitamin E pula merupakan pembantu hebat dalam melembapkan kulit dalam masa 7 hari sahaja. Nescaya kulit anda yang nampak tidak bermaya sebelum ini akan tampil lebih berseri-seri selain nampak lembap menawan. Yes!
Terpaling mengujakan ialah kerana NIVEA C&E Vitamin Lotion ini mengandungi anti-oksidan yang menghalang proses penuaan. Bayangkan dengan menggunakan losyen ini sahaja, anda susah mampu memiliki kulit yang muda dan sihat. Lagi pula, ia turut disertai dengan aroma yang menyenangkan sampaikan mood anda pun akan menjadi lebih baik apabila mengaplikasikannya.
Apabila kulit anda berseri-seri dan lembap, sudah pasti hari-hari anda akan menjadi lebih ceria kan? Sebab itu, anda perlu grab NIVEA C&E Vitamin Lotion sekarang di farmasi mahupun pasaraya berdekatan. Malas nak keluar? Dapatkan sahaja produk ini secara atas talian menerusi Shopee.
Kalau nak dapatkan maklumat lebih lanjut, anda boleh terus melawat laman web rasmi NIVEA atau pun media sosial Instagram dan Facebook. Jangan buang masa dan manjakan kulit anda sekarang juga!
Kulit jadi lembut berseri dengan #NIVEAC&E!
The post Kulit Kusam Dan Kering Bukan Lagi Masalah Besar Dengan Penyelamat Khas Ini first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments