#Hiburan: Masih Dalam Kandungan, Mawar Rashid Dah Buka Akaun Instagram Untuk Anak Keduanya

Mendedahkan dirinya bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi, pelakon Mawar Rashid akui proses kehamilan dalam tempoh pandemik Covid-19 adalah berbeza berbanding ketika hamil anak pertama dahulu.

Katanya, beliau kini seakan perlu berhati-hati dengan keadaan sekeliling.

Advertisement

“Kalau berbicara mengenai proses kehamilan dan persediaan untuk kandungan kali ini, tentunya ada banyak perbezaan yang saya sendiri rasai. Disebabkan pandemik ini, saya tak banyak berada di luar. Kalau nak beli barang keperluan pun, saya akan senaraikan apa yang diperlukan dan sentiasa patuh dengan prosedur operasi standard (SOP).”

Menurutnya, anak perempuannya itu dijangka lahir pada pertengahan Januari 2021.

Ujar Mawar, beliau dan suaminya sentiasa mengelakkan melakukan aktiviti berisiko tinggi serta hanya keluar bila perlu.

Advertisement

Lebih menarik, Mawar juga memaklumkan kepada umum bahawa beliau kini telah membuat semua persediaan menyambut bayi tersebut termasuklah membuka akaun Instagram khas untuk puterinya itu.

Tindakan itu dilakukan kerana mahu semua kenangan indah tentang anaknya dipahat di laman terbabit.

“Sebelum ini, Rafael pun ada akaun Instagram sendiri. Jadi, untuk anak yang ini pun saya dah buka akaun Instagram khas. Kalau boleh, biarlah memori itu terpahat di platform berkenaan buat tatapan kami. Bukan apa, saya nak jadikannya sebagai tempat untuk kami tinggalkan memori bersama. Kalau dahulu, gambar-gambar dicetak dan disimpan dalam album. Jadi, sekarang kita simpan di dalam media sosial seperti Instagram.”

Sumber: Harian Metro 


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments