Lebih terasa daripada sedih, begitulah perasaan penyanyi dan juga pencipta lagu muda, Zynakal apabila lagu Sakit ciptaannya yang dinyanyikan bersama Yonnyboii tidak mara untuk bertanding dalam Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35).
Zynakal yang ditemui media menjelaskan, dia kecewa dengan industri muzik negara namun tidak boleh memberontak seperti dulu.
Tambahnya, dia juga kecewa kerana berasa seperti telah menghampakan harapan peminat kerana tidak dapat melayakkan diri ke pentas akhir anugerah itu.
View this post on Instagram
“Saya boleh kata terasa. Ya lebih terasa daripada sedih. Kita terasa dengan industri sendiri. Ya kita terkilan, terasa tapi tak boleh nak rebel macam dulu-dulu. Memang ramai yang DM saya dan cakap tak patut Sakit tak masuk, tapi saya percaya mesti adda sebab.”
Meskipun begitu, artis yang baru saja berusia 22 tahun itu tetap menghormati keputusan muktamad yang dibuat oleh para juri.
View this post on Instagram
Menganggap rezeki Sakit di tempat lain, Zynakal turut menambah bahawa kegagalannya kali ini itu tidak sama sekali mematahkan semangatnya untuk terus berkarya demi peminat yang setia menanti buah tangannya.
Sumber : Astro Gempak
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments