Datin Almy Nadia yang juga isteri kepada pelakon Datuk Fizz Fairuz baru-baru ini telah meluahkan perasaan berang dan kesal apabila ada sebuah syarikat produksi telah membatalkan tawaran berlakon suaminya pada saat akhir.
Almy,34, berkata bahawa suaminya itu sanggup menolak tawaran lakonan yang lain kerana ingin memberikan tumpuan sepenuhnya kerana sudah berjanji sejak awal Disember yang lalu.
Difahamkan, penggambaran drama 30 episod itu sepatutnya bermula pada awal bulan Disember 2020 namun tiba-tiba sahaja ditangguhkan ke Januari tahun hadapan. Pihak produksi dikatakan telah membatalkan penglibatan Fizz dalam drama tersebut kerana bercanggah dengan jadual pelakon lain.
“Tiba-tiba tadi call cakap batal, tak boleh ikut jadual sebab kena ikut jadual artis lain sedangkan kita dah bagi jadual awal dah lock penggambaran tiba-tiba cancel! Lain kali jangan susahkan periuk nasi orang faham! Tak jadi kat periuk nasi hampa takpa, nanti kalau jadi baru tersungkuq faham. Tanggungjawab faham! Kita manusia ni pegang pada janji! Bila dah berjanji kita pegang jangan buat di saat akhir, hampa buat orang macam sampah faham!”
Advertisement
Almy dilihat telah menzahirkan perasaan tidak puas hati itu menerusi akaun Instagram iaitu di IG Story miliknya.
Dalam pada itu, Almy berkata dia turut berasa sedih apabila melihat suaminya itu dipermainkan dan dilayan dengan tindakan yang tidak masuk akal dan tidak wajar.
View this post on Instagram
Mungkin sudah lali dengan hal ehwal dunia seni tempatan, Almy Nadia meluahkan kekesalannya atas sikap sesetengah penerbit yang melayan pelakon seperti ‘sampah’ dan tidak beretika.
The post Almy Nadia Berang ‘Job’ Fizz Fairuz Dibatalkan Saat Akhir,-“Lain Kali Jangan Susahkan Periuk Nasi Orang!” first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments