#Hiburan: Dedah Wajah Si Comel, Faye Kusairi Pilih Nama Ringkas Buat Anak Kedua,-“Masih Jaundis Tapi dah Turun Sikit..”

Pelakon yang sebelum ini dilaporkan mengalami serangan Bell’s Palsy dan kini semakin pulih, Faye Kusairi telah tampil mendedahkan wajah anak kedua yang baru sahaja dilahirkan baru-baru ini buat tatapan peminat.

Faye Kusairi

Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi telah memilih nama ringkas namun mempunyai makna yang indah iaitu Asha Azmi buat anak keduanya itu.

Advertisement

Dia dilihat telah memuat naik video pendek yang memaparkan wajah si comel itu menerusi akaun Instagramnnya.

“Assalamualaikum semua..kenalkan ahli keluarga baru kami. Our little angel, Asha Azmi adik kepada Alif Azmi…”

Faye dalam pada itu turut memberitahu bahawa penyakit kuning ataupun Jaundice yang dialami cahaya matanya itu semakin pulih dari hari ke hari.

Advertisement

Pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu juga turut mengucapkan terima kasih buat peminat serta pengikut media sosialnya yang sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan mereka berdua.

Sekadar info, Faye telah mendirikan rumah tangga bersama pengarah drama Azmi Hatta pada 9 April 2017 yang lalu dan telah dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Alif Azmi yang kini berusia 2 tahun.

The post Dedah Wajah Si Comel, Faye Kusairi Pilih Nama Ringkas Buat Anak Kedua,-“Masih Jaundis Tapi dah Turun Sikit..” first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments