#Hiburan: Terkena Serangan Asma, Ibu Ali Puteh Kini Bergantung Alat Bantuan Pernafasan Dan Ditidurkan

Ibu kepada pelawak Ali Puteh, Sabariah Arshad dilaporkan telah dimasukkan ke Hospital Selayang pada malam Khamis lalu akibat serangan asma.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Ali Puteh menerusi akaun Instagramnnya, semalam.

Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan,31, turut memaklumkan bahawa ibunya kini telah ditidurkan dan perlu menggunakan bantuan pernafasan sokongan.

Advertisement

“Salam jumaat penghulu segala hari. Kecemasan ke Hospital Selayang sebab semput. Mak di hospital dan keadaan mak masih ditidurkan dan menggunakan alat pernafasa. Semoga mak kuat dan terus kuat.”

Adik kepada Allahyarham Abam Bocey ini turut memohon doa orang ramai agar kesihatan ibunya itu kembali pulih seperti sedia kala.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments