#Hiburan: “Kenapa Majoriti Lelaki Yang Berambut Panjang Sangat Poyo?” – Jasmine Suraya

Pelakon cantik, Jasmine Suraya nampaknya mempunyai pandangan sendiri terhadap lelaki yang berambut panjang.

Menerusi ciapannya di laman sosial Twitter, Jasmine meluahkan rasa hairan kerana kerap bertemu dengan lelaki berambut panjang yang punyai lagak yang tidak menyenangkan hati atau dengan kata lain, ‘poyo’.

Ketika meninjau ruangan komen, ramai pengikut twitter dan juga netizen yang bersetuju dengan kenyataan tersebut malah tidak kurang juga yang kecewa.

Advertisement

Dalam pada itu, ada juga yang mengaitkan nama Ben Amir sebagai selebriti berambut panjang namun masih berperangai senonoh dan menyenangkan.

Lebih menarik perhatian adalah apabila nama pendakwah bebas yang mencetuskan kontroversi dengan kes salah laku seksual, Syed Ikmal turut terpalit dengan ciapan tersebut.

Macam-macam hal!


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments