Dah biasa belum dengan norma pelitup muka? Kalau dulu, selalu guna pelitup muka apabila kurang sihat sahaja namun kini dah jadi item pemakaian kekal. Bukan apa, demi menjaga kesihatan diri dikala dunia yang sedang melalui saat genting dek ugutan wabak berbahaya kan.
Pakai pelitup muka sememangnya merupakan langkah untuk melindungi diri daripada wabak tapi sedarkah anda bibir yang asyik ‘ditutup’ sepanjang hari membuatkan bibir semakin kering dan tak terjaga.
Kurang minum air bila pakai pelitup muka
Apabila mulut selalu ditutup oleh pelitup muka, kekerapan minum air pasti berkurang. Itulah antaranya sebab mengapa bibir semakin kering.
Kerap basahkan bibir
Bila dah kering, anda pasti akan basahkan bibir dengan air liur. Tapi tahu tak bahawa perbuatan tersebut lebih menyumbang kepada bibir yang semakin kering. Hailah nasib..
Lupa penjagaan bibir di bawah pelitup muka
Sebabkan selalu pakai pelitup muka, sampaikan anda lupa untuk aplikasikan lip balm dengan kerapnya. Lagi pun ramai yang tak nampak bibir anda, rasa macam tak payahlah pakai lip balm. Jadi, memang merajuklah bibir sampai kering jadinya.
Kadang-kadang lip balm yang dipakai pun sebenarnya tak beri kesan lembap lama pun. Berkali-kali guna pun, masih lagi kering. Buntu serius buntu. Sebab itu anda kena cari lip balm yang memang hebat dalam memastikan penjagaan bibir yang ‘tip top’.
NIVEA Caring Lip Balm jawapan mudah kepada masalah bibir kering
Rahsia khas buat anda, #myNIVEA memperkenalkan NIVEA Caring Lip Balm iaitu jenama penjagaan bibir No 1 di KOREA yang dilengkapi Shea Butter dengan kelembapan 24 jam. Jadinya ia merupakan antara produk terbaik untuk memastikan bibir anda tidak lagi kering dan kekal lembap sentiasa.
Kesian tahu bibir kita terpaksa menempuh pelbagai rintangan seperti keadaan sinaran matahari, suhu yang sejuk serta udara kering. Dah lah tidak mempunyai lapisan minyak sendiri mahupun kelenjar sebum untuk melindunginya. Nah! Untung betul kalau dapat bibir lembut dan lembap seperti dalam visual di atas.
Sebab itu NIVEA Caring Lip Balm adalah pilihan terbaik untuk anda kerana kandungan Shea Butter yang melengkapinya. Pasti bibir anda akan nampak berkilat selepas mengamalkannya.
Bibir lembap jadi kenyataan dengan NIVEA Caring Lip Balm
Sebab itu, NIVEA Caring Lip Balm dicipta untuk memanjakan bibir milik anda supaya kekal lembap dan licin sahaja. Lagi syok kerana ianya dilengkapi dengan wangian yang nipis, pasti anda berasa gembira sahaja apabila menggunakannya dek aroma yang menyenangkan.
Para lelaki pun tak perlu risau! Sebabnya lip balm untuk lelaki tidak mempunyai elemen berkilat lantas anda pasti tidak akan berasa janggal apabila mengaplikasikannya. Bertambah-tambah best kerana NIVEA Caring Lip Balm ini akan membantu bibir anda untuk kekal lembap dalam jangka masa yang lama namun tidak akan membuatkan bibir bergantung dengannya.
Miliki edisi NIVEA Caring Lip Balm x LINE FRIENDS istimewa kini
Mesti dah tak sabar nak miliki NIVEA Caring Lip Balm ini kan? Istimewa untuk anda kini, jangan lepaskan peluang untuk memiliki NIVEA Caring Lip Balm x LINE FRIENDS Lip Holder secara eksklusif di #WatsonsMalaysia.
Bukan satu sahaja tahu, tetapi ada tiga pilihan istimewa buat anda untuk edisi kolaborasi bersama LINE FRIENDS ini. Ada NIVEA Original Care Caring Lip Balm yang membantu melembapkan bibir agar kelihatan sihat dan bersinar. NIVEA Sun Protect SPF30 Caring Lip Balm pula dilengkapi dengan SPF30 yang bertindak melindungi bibir anda daripada pancaran matahari. Tak cukup dengan itu, NIVEA Pomegranate Shine Caring Lip Balm akan membuatkan bibir anda lembap selama 24 jam lamanya dek pigmen berkilat selain disertai dengan wangian buah-buahan.
Lihat sahaja NIVEA Original Care Caring Lip Balm yang cantik berwarna biru ini. Anda juga boleh dapatkannya dalam edisi istimewa ini. Yes!
Nak tahu apa yang paling menyeronokkan? Bukan sahaja anda akan dapat memperbaiki bibir kering dengan produk ini malah setiap pembelian akan melayakkan anda mendapat lip holder secara percuma di mana beli NIVEA Original Care Caring Lip Balm, anda akan dapat BearPlease, kalau beli NIVEA Pomegranate Shine Caring Lip Balm anda bakal miliki TaiNim dan MheeNoom pula akan menjadi rakan anda sekiranya membeli NIVEA Sun Protect SPF30 Caring Lip Balm.
LINE FRIENDS PLUSH DOLL mungkin jadi rakan anda
Pemurah tahu NIVEA sebabnya anda turut boleh memenangi LINE FRIENDS PLUSH DOLL sekiranya membeli mana-mana NIVEA Caring Lip Balm x LINE FRIENDS Lip Holder. Tapi peluang ini hanya terbuka hingga 28 Februari 2021 sahaja, jangan leka!
*Tertakluk kepada terma dan syarat
Seronok betul apabila dapat miliki pelbagai hadiah daripada LINE FRIENDS ini. Pasti berbunga-bunga apabila anda memilikinya kan? Jadi cepat-cepat dapatkannya di Watsons sekarang kerana kuantitinya adalah terhad dan hanya berlangsung dalam tempoh masa yang sekejap. Jangan menangis di bucu katil ya kalau terlepas!
Bibir jadi lembap dan sihat dengan NIVEA Caring Lip Balm!
The post Mask Buat Bibir Jadi Kering? Pstt.. Rahsia Ini Akan Jadi Hero Anda first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments